 |
| 1. Tetua dan Pigmentasi |
Tetua ialah bintik-bintik perang kecil yang biasanya tertumpu pada bahagian di antara mata sehingga ke rahang. Dalam kes yang serius, tetua boleh kelihatan seperti 100 titik kecil di seluruh muka. Bintik-bintik perang ini biasanya mula tumbuh semasa pra remaja sehingga ke zaman remaja (kira-kira 16 tahun) dan boleh bertambah banyak secara beransur-ansur.
Tetua lebih biasa hadir di kalangan gadis muda dengan kulit yang sangat putih. Warna tetua boleh menjadi gelap semasa tertekan atau fasa haid. Jika tidak dijaga, tetua akan kekal selama-lamanya di muka.
Cara pertumbuhan:
-
Tetua disebabkan oleh kehadiran melanin. Faktor-faktor yang menyebabkan keadaan kulit ini termasuk keturunan, pendedahan pada sinar ultraungu, keseimbangan pH yang tinggi pada kulit, perembesan dalaman dan hormon yang tidak normal.
-
Jika salah seorang daripada ibu bapa pernah mempunyai tetua, anak-anak berkemungkinan mendapatnya. Tetua biasanya hadir semasa zaman kanak-kanak dan boleh bertambah dengan banyak semasa zaman remaja.
-
Aktiviti luar yang kerap juga boleh menambahkan peluang untuk mendapat tetua. Pigmentasi akan menjadi lebih gelap dan banyak. Sinaran ultraungu boleh dikatakan sebagai faktor utama yang menyebabkan pigmentasi yang teruk.
Kesan:
Sesetengah daripada kita mungkin berpendapat bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk. Pigmentasi akan bertambah teruk, ton kulit berubah, dll. Pigmentasi boleh dirawat jika rawatan tidak dilengah-lengahkan.
|
| Umur |
Kadar Kebarangkalian Timbulnya Pigmentasi |
Peringkat Pemulihan |
| 20 tahun dan ke bawah |
10% |
Kulit boleh dirawat dan pulih dalam masa 35 hari. |
| Bermula dari 28 tahun |
20% |
Kulit masih kelihatan muda. Pigmentasi boleh dikurangkan dalam masa 3 hingga 6 bulan. |
| Bermula dari 38 tahun |
50% |
Bahagian pigmentasi mula bertambah meluas. |
| Bermula dari 48 tahun |
70% |
Pertumbuhan pigmentasi adalah paling banyak. |
| 48 tahun dan ke atas |
100% |
Bintik penuaan akan mula hadir pada seluruh bahagian muka. |
|
Penyelesaian:
- Menyingkirkan sel kulit mati.
- Merawat dan memperbaharui sel terjejas.
- Menghentikan perembesan sel melanin yang abnormal.
- Mengurangkan pigmentasi, memutihkan bahagian yang terjejas.
- Melindungi kulit daripada radikal bebas (daripada sinaran ultraungu).
- Merangsang kadar metabolisme kulit.
- Membekalkan kulit nutrien dan lembapan yang mencukupi.
- Memperbaharui proses kulit dengan merangsang pertumbuhan sel kulit baru.
<< Back To Top
|
| |
| 2. Bercak-bercak Penuaan/Hati |
Bercak-bercak hitam terbentuk akibat kehadiran melanin pada permukaan kulit. Sebaik sahaja terbentuk, bercak-bercak ini tidak akan hilang dengan mudah kecuali dengan rawatan yang betul.
Bercak-bercak hitam ini biasanya berbentuk rama-rama. Oleh itu, bercak-bercak ini juga dikenali sebagai bercak rama-rama. Tanda-tanda ini biasanya berwarna perang muda atau perang kopi. Sesetengah bercak juga seakan-akan warna hati dan menyebabkannya dikenali sebagai bercak-bercak hati. Apabila warna betul-betul seperti warna hati, ini menandakan bercak-bercak sudah mencapai peringkat yang paling serius dalam fasa penuaan. Apabila bercak-bercak menjadi hitam, bercak-bercak ini dikenali sebagai bercak-bercak hati.
Perubahan yang mendadak pada hormon wanita boleh menyebabkan pigmentasi yang terbentuk pada wanita 9 kali lebih banyak daripada lelaki. Selain itu, pendedahan yang kerap pada sinaran ultraungu juga menjejaskan kulit secara beransur-ansur, menjadikan keadaannya lebih cepat buruk. Apabila wanita mencapai fasa pertengahan umur, kebanyakan daripada muka mereka akan mempunyai 80% bercak-bercak penuaan.
Bercak-bercak penuaan biasanya merupakan masalah wanita pertengahan umur. Walau bagaimanapun, lapisan ozon memainkan peranan yang utama dalam menjejaskan keadaan kulit dan keadaan-keadaan lain. Sinaran ultraungunya yang semakin kuat menyebabkan wanita di bawah pertengahan umur juga mengalaminya. Wanita umur 30an dan 40an sudah pun mempunyai bercak-bercak ini. Malah, wanita dalam umur 20an juga boleh mengalaminya. Ini kerana lapisan kulit menjadi tebal dan perembesan melanin bertambah.
Cara berlaku:
Faktor luaran:
-
Keturunan: Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai pigmentasi, kebarangkalian anak-anak mempunyai bercak-bercak ini adalah tinggi.
-
Sinaran ultraungu: sinaran ultraungu dari matahari boleh merangsang pembentukan melanin yang banyak dan ini menambahkan pigmentasi.
-
Tekanan: Tekanan menyebabkan ketidakseimbangan emosi yang menjejaskan peredaran darah dan seterusnya pertambahan melanin.
-
Ubat: Terdapat banyak jenis ubat yang boleh mempercepatkan penghasilan semula melanin.
-
Kosmetik yang tidak sesuai: Ini berlaku apabila kulit tidak dicuci dengan bersih. Kosmetik yang mempunyai bahan kimia dan pengawet tiruan yang banyak boleh menjejaskan kulit dan menyebabkan pembentukan pigmentasi.
-
Penyakit kronik: masalah hati, buah pinggang yang rosak, tumor atau barah, karang ginjal, nutrien yang tidak mencukupi, dll boleh menyebabkan pigmentasi.
Faktor dalaman:
-
Perubahan dalam sistem hormon: bercak-bercak penuaan/hati boleh hadir semasa kehamilan dan apabila terdapat perubahan fizikal dan emosi yang mendadak.
-
Bercak-bercak perang boleh terbentuk apabila kulit adalah terlalu nipis dan daya ketahanan adalah rendah.
-
Ketidakseimbangan sistem pembiakan:tidak kira masalah endokrin atau ovari, kedua-duanya mudah melambatkan kadar metabolisme sel kulit. Ini menyebabkan melanin membentuk bercak-bercak hitam pada kulit. Ini paling biasa berlaku semasa kitaran haid tidak tetap, kehamilan atau keguguran.
|
| Umur |
Kadar Kebarangkalian Penggeleberan |
Kadar pemulihan |
Peringkat Pemulihan |
| Bermula dari 25 tahun |
5% |
100% |
Penghasilan semula melanin bertambah. Di sekitar umur 25 tahun, kulit mungkin mula menunjukkan tanda-tanda kehadiran bercak-bercak gelap dan hitam. Jika rawatan dijalankan, bercak-bercak ini boleh disingkirkan sepenuhnya. |
| Bermula dari 30 tahun |
30% |
90% |
Kulit mula bertukar kerana perubahan hormon. Lebih banyak bercak-bercak hitam akan tumbuh. |
| Bermula dari 35 tahun |
50% |
80% |
Apabila umur semakin meningkat, bercak-bercak hitam juga akan bertambah. |
| Bermula dari 40 tahun |
70% |
75% |
Bercak-bercak hitam akan bertukar menjadi bercak-bercak penuaan/hati. |
| Bermula dari 45 tahun dan ke atas |
90% |
70% |
Bercak-bercak hati akan hadir pada seluruh muka. |
|
Penyelesaian:
- Menyingkirkan sel kulit mati.
- Memperbaiki dan memperbaharui sel kulit yang terjejas dan meremajakan sel-sel itu.
- Mengehadkan perembesan melanin yang tidak normal pada kulit.
- Mencerahkan tanda-tanda pigmentasi supaya kelihatan putih.
- Melindungi kulit daripada radikal bebas (yang disebabkan oleh sinaran ultraungu) supaya tidak menjadi lebih teruk.
- Merangsang dan menggalakkan kadar metabolisme kulit.
- Membekalkan kulit dengan nutrien dan vitamin penting.
- Memperbaharui proses kulit dengan merangsang pertumbuhan sel kulit baru.
<< Back To Topp
|
|
| |
| 3. Akne |
Biasanya dikenali sebagai jerawat atau bintik berminyak; juga dikenali sebagai Pustul (jerawat) atau Papul (sumbatan berminyak).
Perubahan dalam keseimbangan hormon semasa fasa pertumbuhan mencetuskan perembesan minyak yang banyak daripada kelenjar minyak. Ini menyebabkan kulit lebih berminyak daripada biasa.
Liang roma yang besar dan tersumbat boleh menjadi Komedo (jerawat nasi dan jerawat hitam). Jika terdapat jangkitan, jerawat akan terbentuk dan dalam kes yang lebih serius, akne terbentuk.
Sebaik sahaja jerawat mula membentuk sista, pemicitan jerawat merupakan perkara yang biasa. Ini boleh meninggalkan parut dan tanda yang hodoh serta berkekalan. Pada peringkat ini, lebih banyak masa dan usaha diperlukan untuk merawat masalah itu dan parut. Tanda-tanda jerawat ini boleh dikurangkan dengan rawatan yang betul dan penjagaan yang rapi.
Akne boleh dikategorikan sebagai:
|
| Jenis Akne |
Bahagian manakah akne dijumpai? |
| 1. Jerawat Nasi |
Biasanya hadir di dahi dan dagu. Kelihatan seperti bijih benih putih yang kecil. Jerawat nasi boleh kelihatan leper (tidak kelihatan) atau menonjol. Tidak ada luka. |
| 2. Jerawat Hitam |
Kelihatan jelas di bahagian zon T. Minyak dan kotoran menyumbat liang roma dan menyebabkannya membesar. Dapat dicam menerusi warnanya. |
| 3. Akne Bengkak |
Jika kelenjar minyak menghasilkan terlalu banyak minyak, bahagian akne akan membengkak dan akhirnya menyebabkan keradangan. |
| 4. Akne Sista |
Sehingga sekarang, keradangan yang mendalam ini boleh berlaku dalam lapisan kulit dan bukannya pada permukaan epidermis. |
| 5. Akne Berkelompok |
Jerawat tumbuh berkelompok dan menjadikan permukaan merah serta berbonjol. Apabila disentuh, bahagian itu kelihatan bengkak dan mungkin mempunyai sedikit bau apabila nanah pecah. |
|
| |
Cara pembentukan:
-
Jerawat mula terbentuk semasa akil baligh. Apabila hormon berubah dengan mendadak semasa fasa akil baligh, kulit akan menghasilkan minyak yang banyak. Selain itu, pengambilan makanan berminyak, goreng serta makanan ringan setiap hari juga boleh menyebabkan jerawat.
-
Jerawat boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dalam sebarang umur dan pada bila-bila masa. Ini boleh dikaitkan dengan cara hidup dan tabiat yang tidak tetap. Orang yang tidak mempunyai jerawat yang banyak semasa peringkat akil baligh berkemungkinan mengalami masalah itu sebaik sahaja fasa akil baligh tamat. Ini kerana cara hidup yang sibuk, tekanan, kurang tidur, ketidakseimbangan hormon, pengambilan terlalu banyak makanan berminyak, kepanasan, kekeringan, pengambilan air yang tidak mencukupi dan ketakcernaan.
-
Penyakit-penyakit seperti selesema, jangkitan virus, pengambilan ubat tertentu dll juga boleh menyebabkan jerawat. Sebenarnya, kosmetik bukanlah faktor tunggal yang menyebabkan jerawat atau masalah akne pada wanita. Penyesuaian pada keseimbangan hormon, kitaran haid, kehamilan atau menopaus merupakan pemangkin kepada masalah-masalah kulit.
-
Pencemaran alam sekitar, kotoran dan habuk boleh terkena kulit dan menyebabkan liang roma tersumbat. Pembersihan yang tidak menyeluruh boleh menyebabkan jangkitan dan membawa kepada pembentukan jerawat jenis sista yang merah dan bengkak.
-
Kesimpulannya, sesiapa sahaja pun boleh tumbuh jerawat.
Kesan:
-
Apabila bintik-bintik gelap mula terbentuk, sebarang cubaan untuk menyingkirkan jerawat itu boleh menjejaskan kulit. Daya ketahanan semula jadi kulit tidak akan dapat melindungi epidermis. Kuman dan antibodi akan mula menyerang kulit sebaik sahaja kulit terdedah pada persekitaran. Ini akan menyebabkan pembentukan sista dan lebihan minyak. Sistem pembaikan semula jadi kulit gagal berfungsi dan seterusnya mengakibatkan masalah kulit jangka panjang dan parut yang berlekuk.
-
Sebaik sahaja tanda-tanda ini menjadi parut yang kekal pada jangka masa yang panjang pada kulit, pigmentasi dan bintik-bintik juga akan mula muncul dan seterusnya kekal selama-lamanya di kulit.
-
Terdapat beberapa peringkat jerawat. Untuk menyelesaikan masalah akne yang lama dan mencapai kadar pemulihan 100%, konsultasi dan rawatan profesional perlu dicari sebaik sahaja masalah ini timbul. Ingat, semakin awal anda mendapatkan rawatan, semakin baik hasil yang diperolehi.
|
| Umur |
Peringkat Pemulihan |
Kadar pemulihan |
| Bermula dari 20 tahun |
Mengelakkan pembentukan akne. Untuk kulit yang muda, pembaharuan sel kulit adalah lebih cepat. Inilah masa yang terbaik untuk pembaikan dan pembaharuan. |
100% |
| 25-35 tahun |
Penghasilan semula sel kulit baru mula menurun. Rawatan tambahan diperlukan untuk menangani masalah kulit dan memperolehi pemulihan sepenuhnya. |
95% |
| 35-45 tahun |
Fasa pertengahan umur. Jika rawatan yang betul tidak dijalankan, tanda-tanda yang tinggal akan menjadi parut yang berkekalan. |
90% |
| 45 tahun dan ke atas |
Kulit mula mengalami penuaan. Pemulihan yang minimum untuk parut yang lama dan juga yang baru. |
75% |
|
Penyelesaian:
- Membersihkan liang roma yang tersumbat daripada kotoran.
- Mengawal penghasilan minyak yang banyak dengan berkesan.
- Mengekalkan kebersihan; mengawal kuman daripada membiak di dalam lapisan kulit.
- Mengurangkan kebarangkalian pertumbuhan semula akne.
- Melegakan dan merawat semua akne dan bengkak.
- Mengurangkan parut akne baru dan lama.
- Memperbaiki dan menyesuaikan semula penghasilan sel kulit.
- Memulihkan seri dan keremajaan kulit.
<< Back To Top
|
|
| |
| 4. Parut Akne |
Parut boleh diklasifikasikan kepada parut dalaman dan luaran.
Terdapat tiga jenis parut akne:
1. Parut seperti dipahat:
Luas dan dalam seperti ditetak dengan alat yang tumpul. Oleh
kerana akne ini adalah di dalam kulit, liang roma yang terjejas
juga kelihatan pada permukaan kulit.
2. Parut akne:
Kelihatan berlekuk dan berongga. Kulit terjejas kerana akne yang
bengkak dan seterusnya menjadi parut.
3. Parut berbonjol-bonjol:
Akne yang terbentuk dan berkumpul bersama menjadikan muka tembam. Permukaan kulit kelihatan
berbonjol.
Penyelesaian:
-
Menyingkirkan sel kulit mati.
-
Menyerahkan dan "memutihkan" parut.
-
Merawat sel kulit yang terjejas; merangsang pertumbuhan baru.
-
Merangsang penghasilan sel kulit baru; mempercepatkan pemulihan.
-
Menambahkan keanjalan kulit.
-
Melembapkan dan memperbaharui lapisan kulit supaya kelihatan muda. Mengurangkan parut.
-
Membekalkan nutrien penting.
<< Back To Top
|
|
| |
| 5. Kulit Menggeleber |
Punca:
-
Apabila umur semakin meningkat, keanjalan kulit akan merosot dan otot muka akan melendut. Ini menjadikan kulit kelihatan menggeleber.
-
Kekurangan tindakan oleh gentian Elastin dalam dermis, gentian protein yang merosot, kehilangan kekenyalan dan daya ketahanan semula jadi merupakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan kulit menggeleber.
-
Graviti juga boleh mengurangkan ketegangan dan menyebabkan kulit menggeleber.
-
Merokok, sindrom selepas bersalin boleh mempercepatkan proses penuaan dan menyebabkan penuaan pramasa.
-
Pengambilan ubat, alkohol untuk jangka masa yang panjang, kekurangan oksigen dan lembapan boleh membantutkan proses penghasilan semula sel baru yang sihat. Ini menyebabkan kulit menggeleber.
-
Tekanan boleh menyebabkan kebimbangan. Ini boleh menjejaskan rupa fizikal dan menyebabkan seseorang kelihatan pucat dan letih.
Kesan:
Kehilangan kekenyalan boleh menyebabkan kulit menggeleber. Ini juga boleh menyebabkan kulit di sekitar mata dan garis leher kelihatan melendut dan tidak tegang.
|
| Umur |
Keadaan |
Simptom |
Kadar pemulihan |
| Bermula dari 25 tahun |
5% daripada penggeleberan |
Kulit mula menunjukkan tanda-tanda awal penggeleberan. Jika dirawat dengan tepat dan betul, kesan penuaan selama 15 tahun boleh disingkirkan. |
100% |
| Bermula dari 28 tahun |
15% daripada penggeleberan |
Kulit akan mula menggeleber dengan teruk. Tanda-tanda yang jelas akan kelihatan pada bahagian kulit di leher. Pada umur ini, tanda-tanda penuaan dan penggeleberan boleh ditangguhkan jika rawatan yang betul diberikan. |
90% |
| Bermula dari 35 tahun |
40% daripada penggeleberan |
Dagu kelihatan berlemak. Garis senyuman semakin jelas. Proses penuaan bermula. Anda masih boleh kelihatan 5 tahun lebih muda dan mengekalkan rupa muda ini untuk 15 tahun yang akan datang jika rawatan yang betul dijalankan dengan cepat. |
80% |
| 45 tahun dan ke atas |
60% daripada penggeleberan |
Garis senyuman semakin jelas dan karung mata semakin sembap. Selepas mengikuti rawatan yang sesuai, orang dalam tahun 50an juga boleh mendapat kembali kulit orang yang berumur 35 tahun. |
70% |
|
Penyelesaian:
-
Memperbaiki sel kulit yang terjejas.
-
Merangsang pertumbuhan gentian kolagen baru dan mengukuhkan pembentukan sel kulit yang baru.
-
Menambahkan gentian protein; meremajakan kulit dengan lembapan yang mencukupi.
-
Menyingkirkan semua radikal bebas.
-
Menegangkan dan mengeton otot muka; memperbaiki keanjalan struktur kulit.
-
Membekalkan kulit dengan vitamin dan nutrien penting.
-
Merangsang peredaran darah. Ini meremajakan sel kulit baru yang dihasilkan semula.
<< Back To Top
|
|
| |
| 6. Proses Penuaan dan Kedut |
Faktor Luaran:
-
Pendedahan yang banyak pada sinaran matahari boleh menyebabkan penuaan pramasa. Sinaran ultraungu matahari (UVA dan UVB) boleh menyebabkan 90% daripada penuaan kulit dan ini boleh berlaku apabila anda berada dalam umur 20an. Ini merupakan tanda-tanda pertama kematangan kulit.
-
Faktor-faktor lain yang menyebabkan penuaan kulit dengan lebih cepat termasuk tabiat cara hidup seperti kurang rehat, merokok, minuk arak, tekanan dan pencemaran udara. Kehilangan berat yang mendadak boleh menyebabkan kedut kerana kekurangan sokongan daripada sel lemak yang sihat di bawah permukaan kulit. Ini boleh menyebabkan seseorang kelihatan kurus dan kulit pula menggeleber.
-
Perokok akan mendapati bahawa kedut mereka adalah 5 kali lebih banyak daripada orang yang tidak merokok tidak lama lagi. Ini kerana radikal bebas yang terdapat pada asap rokok boleh mempercepatkan proses penuaan. Perokok dalam umur 40an akan mendapati mereka kelihatan lebih tua dan lesu daripada orang yang tidak merokok dalam umur 60an.
-
Ekspresi muka seperti senyuman, gelak ketawa, jelingan dan pengerutan dahi boleh menyebabkan kedut.
-
Graviti boleh menyebabkan penggeleberan kulit. Kulit yang tidak tegang akan menjadikan penuaan lebih jelas.
Faktor dalaman:
-
Apabila umur semakin meningkat, kadar metabolisme akan menjadi lembap dan lebih perlahan daripada biasa. Perembesan hormon akan berkurangan. Sel kulit akan menjadi kurang aktif dan penghasilan semula juga menjadi semakin perlahan. Lapisan dermis akan menjadi lebih nipis. Sel lemak akan mula mengecut dan menyebabkan kulit kurang kenyal. Ini memulakan proses penuaan.
-
Pada masa ini, kolagen dan Gentian Elastin pada lapisan dermis tidak akan dapat menyokong struktur kulit dan tanda-tanda awal kedut akan muncul. Kulit akan menjadi lemah secara beransur-ansur dan pada masa yang sama, penggeleberan berlaku.
Kesan:
Apabila pembentukan kulit mula hilang kebolehan semula jadinya untuk menghasilkan sel kulit sihat dan menyokong struktur kulit, kedut akan muncul. Pada kadar ini, sel pembiakan kulit akan dikurangkan separuh dengan cepat. Lapisan dermis juga mula menipis. Pada masa ini, kolagen dan Gentian Elastin pada lapisan dermis akan mula hilang keupayaan penjanaan semula dan penyokongan epidermis. Ini mengakibatkan kedut dan penggeleberan.
|
| Umur |
Kadar kebarangkalian pertumbuhan kedut |
Peringkat Perkembangan |
Kadar pemulihan |
| Bermula dari 20 tahun |
5% |
Kurang tidur dan rehat boleh menyebabkan tanda-tanda awal kedut. |
100% |
| Bermula dari 25 tahun |
10% |
Kadar metabolisme mula menurun. Kedut di sudut mata dan garis senyuman mula muncul. |
95% |
| Bermula dari 30 tahun |
25% |
Kulit mula menggeleber. Garis di sekitar leher akan mula muncul. |
90% |
| Bermula dari 35 tahun |
40% |
Kedut di sudut mata, garis senyum dan leher akan menjadi semakin jelas. |
85% |
| Bermula dari 45 tahun |
60% |
Garis yang dalam akan mula muncul di dahi. Tanda-tanda penuaan yang lain juga akan mula muncul. |
80% |
| 55 tahun dam ke atas |
100% |
Semua tanda penuaan akan kelihatan. |
70% |
|
Penyelesaian:
- Menyingkirkan semua sel kulit mati.
- Membersihkan semua toksin pada lapisan dalaman kulit dengan sepenuhnya.
- Merangsang penghasilan kolagen.
- Menguatkan pembentukan sel kulit baru.
- Menggalakkan keanjalan dalam gentian kolagen.
- Menyesuaikan semula keupayaan kulit untuk menyerap lembapan.
- Menambahkan lembapan penting pada kulit.
<< Back To Top
|
|
| |
| 7. Ton Kulit Tidak Sekata |
Ton kulit berbeza mengikut:
-
Kuantiti melanin dalam kulit
Jumlah melanin yang dihasilkan boleh mempengaruhi kepadatan ton kulit. Melanin pada kulit orang Afrika adalah lebih banyak daripada orang Asia dan orang kulit putih.
-
Kandungan darah
Saluran darah dalam kulit boleh termampat. Tahap kesihatan anda boleh dilihat menerusi keserian wajah anda.
-
Keadaan permukaan kulit
Kulit yang benar-benar bersih akan kelihatan berseri manakala kulit yang sebaliknya akan kelihatan kusam dan kotor.
-
Makanan yang diambil
Kulit akan kelihatan kuning apabila jumlah karotena yang banyak terkumpul dibawah lapisan kulit. Pengambilan terlalu banyak buah-buahan sitrik, lobak merah, labu, dll akan menjadikan tapak tangan dan tapak kaki kelihatan kuning.
Cara pembentukan Melanin:
-
Sel Melanin terbentuk di antara lapisan epidermis dan seolah-olah menonjol keluar.
-
Sel Melanin mengandungi Tirosina, iaitu sejenis bahan yang tidak berwarna.
-
Apabila sinaran ultraungu menembusi sel melanin, satu lagi jenis Tirosina akan mula muncul. Enzim jenis ini biasanya diaktifkan oleh sinaran ultraungu sahaja.
-
Tirosinase akan mencetuskan pengoksidaan Tirosina dan menjadikannya hitam. Inilah cara melanin terbentuk.
-
Pigmen daripada sel Melanin menghantar pigmen ke lapisan bawahan dan memendapkan melanin ke dalam sel dalam bentuk topi.
-
Pigmen yang ditolak ke atas akan mencapai stratum korneum dan muncul di permukaan kulit.
-
Melalui cara ini, sejumlah Melanin akan mula terbentuk. Permukaan kulit selalu mempunyai melanin dan jumlah melanin inilah yang menentukan ton kulit seseorang.
-
Orang yang berkulit gelap biasanya mengalami lebih banyak pigmentasi.
Penyelesaian:
-
Merawat dan mengurangkan bintik-bintik pigmen.
-
Membantu menguatkan daya ketahanan semula jadi kulit terhadap bahaya alam sekitar.
-
Merangsang lembapan kulit.
-
Membantu menyerikan kulit.
<< Back To Top
|
|
| |
| 8. Biji berminyak, Milia |
Punca:
1. Paras kolesterol yang tinggi
2. Penggunaan produk penjagaan kulit dengan kandungan minyak
yang tinggi
Kehadiran Milia menunjukkan bahawa anda telah menggunakan produk yang tidak sesuai untuk kulit anda. Kebanyakan daripada kita biasanya berpendapat bahawa pelembap mata yang terbaik selalunya akan mengandungi paras minyak yang tinggi untuk memberikan hasil yang optimum. Kulit sebenarnya memerlukan lembapan yang seimbang. Oleh itu, krim mata patut dipilih mengikut keadaan kulit di sekitar bahagian mata.
Kesan:
Milia yang terbentuk di sekitar bahagian mata biasanya keras. Milia tidak manis dipandang dan boleh menjejaskan rupa anda. Jika bantuan profesional tidak dicari dan pemicitan biji berminyak dilakukan sendiri, ini akan menyebabkan jangkitan dan parut hodoh yang berkekalan.
Penyelesaian:
-
Penggunaan prosedur khas yang boleh menghapuskan milia, menegangkan kulit di sekitar bahagian mata supaya kelihatan lebih tegang dan tidak melendut.
-
Menambahkan lembapan.
-
Jangan cuba merawat Milia sendiri kerana ini akan menyebabkan jangkitan dan parut hodoh yang berkekalan.
-
Jangan menggunakan produk penjagaan mata yang mengandungi kandungan minyak yang tinggi. Kurangkan pengambilan makanan berminyak.
<< Back To Top
|
|
| |
| 9. Lingkaran Mata Gelap |
Punca:
1. Keturunan
2. Peredaran darah yang tidak tetap
3. Anemia, sedikit keradangan
4. Pendedahan pada sinaran ultraungu (yang keterlaluan)
5. Kepenatan, cara hidup yang tertekan
6. Hidung yang sensitif
7. Kekurangan Vitamin B12
Apabila saluran darah di sekitar bahagian mata adalah sangat halus, peredaran darah akan menjadi perlahan. Ini berlaku apabila mata digunakan pada masa yang panjang, tidur dan rehat tidak mencukupi, paras emosi yang tinggi, tekanan fisiologi dan mata tidak mendapat rehat yang secukupnya. Ini menyebabkan vena yang berwarna merah keunguan di sekitar bahagian mata. Bahagian itu juga sangat nipis dan lingkaran mata gelap mudah terbentuk.
Kesan:
Ini dikenali sebagai "mata letih" di Eropah kerana lingkaran mata gelap menjadikan seseorang kelihatan letih dan tidak sihat. Apabila masalah ini menjadi serius, kulit akan kelihatan tidak bermaya dan kusam, letih, tua serta pucat. Dari segi sosial, ini juga boleh menyebabkan perasaan rendah diri.
Penyelesaian:
-
Menyingkirkan pigmen dalam kulit supaya kulit ton kulit di sekitar bahagian mata pulih.
-
Memperbaiki atau menghapuskan garis halus di bawah mata. Selepas itu, lingkaran mata gelap akan pulih.
-
Semasa menyingkirkan pigmen hitam, urutan limfa adalah penting untuk menyesuaikan semula peredaran darah dan mengurangkan lingkaran mata gelap.
<< Back To Top
|
|
| |
| 10. Kesembapan Mata / Penggeleberan Kelopak Mata |
Mata menjadi sembap kerana kulit di sekitar bahagian mata menjadi kendur. Keanjalan kulit hilang kerana sel lemak yang terkumpul. Ini bukan sahaja berlaku pada orang yang lebih tua tetapi orang yang lebih muda juga boleh mengalami kesembapan mata akibat tekanan dan kebimbangan.
Kulit pada kelopak mata adalah paling nipis berbanding dengan bahagian yang lain pada tubuh. Kelopak mata berkelip beberapa kali dalam sehari. Apabila seseorang mencapai pertengahan umur, mata mereka akan berkelip lebih daripada sebilion kali. Kelopak mata boleh dikatakan sebagai bahagian yang paling cepat mengalami penuaan. Faktor-faktor penuaan lain pada bahagian ini termasuk peredaran darah yang lemah dan pededahan yang kerap pada cahaya matahari serta graviti.
Seseorang mula mengalami kesembapan mata apabila dia berumur 25 tahun. Kedut di sudut mata mula hadir apabila seseorang berumur 30 tahun dan bahagian hujung mata akan mula menggeleber apabila anda berumur 35 tahun. Apabila mencapai umur 40 tahun, keadaan kulit akan merosot secara beransur-ansur. Apabila kelopak mata mula menggeleber dan anda tidak dapat menggerakkan otot mata anda ke atas, lingkungan penglihatan akan menurun. Anda akan banyak menjeling. Ini menjejaskan rupa luaran anda dan menyebabkan kedut serta garis halus.
Cara kesembapan mata berlaku:
-
Umur boleh menjejaskan keanjalan kulit di sekitar bahagian mata. Lemak juga akan terbentuk dan terkumpul di sekitar rongga mata. Ini boleh berlaku apabila seseorang berumur dari 30 tahun.
-
Berdiet, terlebih makan, tidak cukup tidur, minum arak, merokok, sinus atau penggunaan kosmetik yang tidak sesuai boleh menjejaskan vena dan menjadikan peredaran limfa di sekitar mata tidak tetap.
-
Kesembapan mata bukan sahaja berlaku pada orang yang tua. Ini kerana orang muda biasanya tidur lewat dan mengakibatkan mereka tidak cukup rehat. Mereka juga menghabiskan masa yang panjang di depan komputer.
-
Kulit di sekitar bahagian mata adalah sangat sensitif dan mudah terjejas. Pergerakan mata yang tetap boleh membawa kepada garis halus.
-
Kulit di sekitar bahagian mata adalah sangat sensitif, paling nipis dan mudah cedera serta paling senang mengalami penuaan. Lembapan yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan kesembapan mata.
|
| Umur |
Kadar kebarangkalian |
Kadar pemulihan |
Punca keadaan ini |
| Dari umur 20 tahun |
60% |
90% |
Orang yang lebih muda biasanya tidur lewat, tidak cukup tidur dan menghabiskan masa yang panjang di depan komputer. Kesemua faktor ini boleh menyebabkan kesembapan mata. |
| 30-40 tahun |
80% |
80% |
Pendedahan yang kerap pada cahaya matahari dan graviti boleh menyebabkan kelopak mata menggeleber. Bahagian mata ini paling mudah menggeleber. Pada umur 30 tahun, kedut akan hadir di sudut mata dan pada umur 35 tahun, hujung kelopak mata akan mula melendut. |
| 40-50 tahun |
60% |
80% |
Jika rawatan yang betul tidak dijalankan dengan cepat, kesembapan dan penggeleberan akan menyebabkan rupa seseorang letih lesu. |
|
Penyelesaian:
- Menegangkan kulit di sekitar bahagian mata, menegangkan otot muka dan kulit.
- Menambahkan lembapan pada kulit di sekitar bahagian mata supaya mencukupi.
- Memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan kesembapan mata.
<< Back To Top
|
|
| |
| 11. Kedut di Sudut Mata |
Punca:
1. Penglihatan yang lemah membawa kepada kelipan mata yang
kerap dan seterusnya kedut.
2. Penuaan
3. Pendedahan yang kerap pada sinaran ultraungu
4. Pengurangan berat yang banyak dalam masa yang cepat
Bahagian di sekitar mata merupakan satu-satunya bahagian muka yang tidak disokong oleh struktur tulang. Mereka yang mempunyai rabun dekat yang serius dan tidak memakai cermin mata akan mengelip mata dengan kerap dan menjadikan mata sangat letih. Ini menyebabkan kedut hadir di sekitar bahagian itu.
Penuaan juga menyebabkan kulit di sekitar bahagian mata kendur. Apabila pembentukan sel kehilangan kolagen, keanjalan kulit akan merosot. Ini menyebabkan lapisan luar kulit menjadi kering dan kedut terbentuk di sudut mata. Ini paling jelas pada orang yang berkulit putih atau yang mempunyai struktur kulit yang agak nipis.
Selain itu, pendedahan yang banyak pada sinaran ultraungu akan menghapuskan pembentukan sel dan menyebabkan kulit kering. Ini menyebabkan kedut pramasa. Cuba elakkan diri daripada terdedah pada cahaya matahari yang banyak. Krim pelindung matahari adalah penting.
Penggunaan kosmetik untuk jangka masa yang panjang boleh mengeringkan kulit dan menyebabkan kedut. Selain itu, pengurangan berat yang banyak dalam jangka masa yang singkat juga boleh menyebabkan garis halus.
Penyelesaian:
-
Menambahkan lembapan di sekitar bahagian mata.
-
Menegangkan kulit di sekitar mata; menghapuskan kedut di sudut mata.
-
Merangsang keserian anak mata, menggalakkan kecantikan semula jadi mata.
-
Mula menjaga kulit anda apabila anda berada pada umur 20an. Ini boleh mengelakkan pembentukan kedut di sudut mata.
<< Back To Top
|
|
| |
| 12. Kulit Kering atau Sensitif |
Punca:
-
Liang roma yang tersumbat untuk tempoh yang panjang akan menyebabkan pembentukan akne dan juga kulit yang kering serta sangat sensitif.
-
Pendedahan yang banyak pada cahaya matahari, merokok, ubat dan pengabaian boleh menyebabkan kulit yang kering dan sensitif.
-
Masa yang panjang dalam bilik berhawa dingin atau di kawasan dengan suhu yang rendah boleh menyebabkan kulit hilang lembapan dengan mudah.
-
Sabun pembersih dengan pH yang tinggi boleh mengeringkan kulit.
Kesan:
-
Kulit mengelupas, menjadi merah, kering serta kekurangan seri. Ruam juga mungkin mula terbentuk.
-
Kulit juga mula menjadi merah, bengkak dan gatal. Kulit juga terasa rengsa kerana terlalu sensitif. Bahagian kulit yang merah akan menjadi lebih jelas jika anda bermekap.
-
Penghasilan minyak yang banyak oleh kulit akan menyebabkan lembapan hilang. Lama-kelamaan, kandungan minyak itu akan menyebabkan kulit berminyak di luar tetapi kering di dalam. Ini akan menyebabkan kulit sangat sensitif.
Penyelesaian:
-
Memperbaharui kulit dari lapisan terdalam, melegakan dan mengurangkan bahagian kemerahan yang disebabkan oleh kesensitifan yang serius.
-
Menambahkan lembapan kulit supaya mencukupi.
-
Melindungi dan memperbaiki kulit.
<< Back To Top
|
|
|
|
|