Testimoni


Pakar Kejelitaan --Baru!!

Beauty Expert 3

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

























































































































































































































  Masalah Akne  
  Siti Nor Bte Manaf |
Umur 27 | Suri Rumahtangga
 
 


"Muka berjerawat kini licin dan berseri-seri"
“Muka saya mula berjerawat setelah saya melahirkan anak ketiga saya. Saya malu berhadapan dengan orang. Produk berjenama dan pengambilan pil antibiotik pun tidak berhasil. Pakar kulit New York berjaya membantu saya dengan mudah. Dalam tiga sesi, pertumbuhan jerawat pada muka saya terkawal sama sekali. Kulit saya kembali berseri-seri.”

 
  Pakar Kulit:  
 

“Punca-punca pertumbuhan jerawat termasuk ketidakseimbangan hormon, tekanan, kurang tidur dan pengambilan terlalu banyak makanan berminyak. Semasa rawatan, mukanya dibersihkan sepenuhnya, jerawatnya dipicit dan serum akne serta mask juga diletakkan untuk mengawal akne serta menstabilkan dan memperbaiki kulitnya. Selepas sesi ketiga, pertumbuhan jerawat di wajah Siti dapat dikawal. ” 

  Masalah Parut  
  Wan Nor Iza Bt. Mohd. Nor|
Umur 34 | Pengurus Kompleks
 
 

"Muka yang licin mengejutkan kawan"
“Muka saya berjerawat sejak zaman persekolahan dan universiti. Apabila jerawat hilang, bekas parut pula kelihatan jelas. Saya menginginkan kulit yang licin, jadi saya pun pergi ke New York selepas mendengar pengesyoran kawan. Selepas lima sesi kecantikan muka, saya dapat lihat perubahan yang ketara pada muka saya, iaitu kesan parut memudar dan kulit muka lebih licin. Kawan-kawan terkejut dan memuji kulit muka saya yang cantik sekarang. Saya tidak perlu memakai solekan yang tebal. ”

 
  Pakar Kulit:  
 

“Pemicitan jerawat dengan teknik yang salah boleh meninggalkan parut yang hodoh. Dalam rawatan Wan Nor Iza, kolagen mask diletakkan untuk mengembalikan lembapan kulit. Selain itu, serum juga diletakkan untuk memudarkan kesan parut. Selepas lima sesi, perubahan pada kulit wajahnya amat ketara. Parutnya mula pudar dan dia akan meneruskan rawatan di sini. ” 

 
  Masalah Penuaan kulit  
  Ri Hanum Yahaya Sobban |
Umur 46 | Pensyarah
 
 

"Selamat tinggal kesan-kesan penuaan!"
“Masalah muka saya menjadi semakin serius kerana kerja-kerja makmal. Muka saya berkedut, kusam dan kulit saya sangat kering. Saya mencuba pelbagai jenis produk tetapi tidak dapat memberikan hasil kepada saya. Selepas 2 sesi kecantikan muka di New York, saya dapat melihat perubahan yang positif. Kini, saya kelihatan muda dan menawan sehingga ada orang ingat saya kakak kepada anak-anak saya. ”

 
  Pakar Kulit:  
 

“Apabila proses penuaan berlaku, penghasilan kolagen dan elastin akan berkurangan. Ini mengakibatkan kulit menjadi nipis dan hilang keanjalannya. Saya dapati kulit Ri Hanum berkedut, kering dan gelap. Jadi, rawatan dijalankan untuk menegangkan kulit, menghilangkan kedut, meningkatkan lembapan serta mencerahkan kulitnya. Selepas lapan sesi, kesan penuaannya berkurangan sebanyak 60%. ” 

 
  Masalah Ton kulit tidak sekata  
  Rahimawaty Binti Ibrahim|
Umur 30 | Ahli Perniagaan
 
 

"Saya kelihatan muda dan berseri-seri!"
“Saya menghadapi masalah jerawat dan ton kulit tidak sekata sejak 6 hingga 7 bulan yang lalu. Saya selalu terdedah pada cahaya matahari kerana kerja dan tidur juga tidak mencukupi. Saya menggunakan produk di pasaran sehinggalah kawan saya menyarankan saya untuk mencuba sesi di New York. Sesi-sesi di situ memberikan saya hasil yang ketara. Ton kulit yang tidak sekata hilang, kulit lebih cerah dan jerawat juga berkurangan. ”

 
  Pakar Kulit:  
 

“Sinar UV, kuantiti melanin dalam kulit, makanan yang diambil dan bekas jerawat boleh menyebabkan ton kulit muka tidak sekata. Muka Rahimawaty berjerawat dan ton kulitnya tidak sekata kerana penggunaan produk yang tidak sesuai. Saya menjalankan rawatan untuk mengurangkan jerawat, menambahkan lembapan dan mencerahkan kulitnya. Walaupun Rahimawaty sibuk, jerawat dan bekas yang menyebabkan ton kulitnya tidak sekata masing-masing berkurangan sebanyak 50% selepas 12 sesi. ” 

 
  Masalah Liang roma tersumbat  
  Rozita Juliana Bt. Abd. Rahman|
Umur 27 | Penolong Pengurus
 
 

"Jerawat saya akhirnya berjaya ditangani!"
“Kerja saya amat sibuk. Saya tidak tahu cara yang efektif untuk menangani masalah jerawat saya akibat liang roma yang tersumbat sejak di universiti lagi. Produk-produk penjagaan kulit yang saya gunakan memberikan hasil sementara sahaja. Kulit muka saya pulih dan berseri-seri hanyalah selepas saya mengikuti beberapa sesi kecantikan di New York. Pakar kulit saya memang hebat. ”

 
  Pakar Kulit:  
 

“Setelah mengimbas kulit muka Rozita, saya dapati permukaan kulitnya kering tetapi lapisan dalamannya berminyak. Perembesan minyak yang banyak menyebabkan liang romanya tersumbat. Dalam rawatannya, antiseptik akan disapu untuk membunuh kuman dan menghentikan jangkitan bakteria. Mask juga diletakkan untuk melegakan kulit, mengurangkan kemerahan dan bengkak. Selepas 3 sesi, pertumbuhan jerawatnya terkawal. ” 

 
  Masalah Jeragat  
  Salina Binti Safiullah|
Umur 40 | Ahli geofizik
 
 

"Kulit saya cerah dan berseri sekarang!"
“Sejak dua tahun kebelakangan ini, saya mendapati jeragat saya lebih ketara dan kulit juga amat kering. Ini kerana saya kerap pergi ke luar negara atas urusan kerja. Produk di pasaran tidak dapat memberikan saya hasil yang memuaskan tetapi selepas sesi pertama di New York sahaja, kulit saya nampak lebih cerah dan kulit juga lebih lembap. Selepas beberapa lagi sesi, perubahan pada wajah pun disedari oleh kawan karib dan suami saya. Pakar saya yang seperti kawan saya memang mahir dan profesional.”

 
  Pakar Kulit:  
 

“Untuk membuang jeragat Puan Salina, saya melakukan rawatan Plantcenta, tetapi sebelum itu, rawatan Natural Radiance dan Intensive Repairing akan dilakukan terlebih dahulu untuk memberi kesan yang lebih efektif. Rawatan Plantcenta boleh mengurangkan jeragat dan menegangkan mukanya. Dalam masa empat bulan sahaja, saya dapat melihat lebih kurang 80% kawasan bermasalah telah menjadi lebih cerah. Kadar lembapan kulit juga semakin meningkat. ” 

 
  Masalah Kulit sensitif dan berjerawat  
  Wan Zahifah Ishak|
Umur 27 | Ahli perniagaan
 
 

"Suami dan kawan memuji kulit saya sekarang!"
“Saya alah kepada bahan kimia semasa saya belajar tentang mekanik kenderaan motor. Pada masa itu, muka saya penuh dengan jerawat. Saya pernah berjumpa doktor dan juga membuat rawatan muka, tetapi semuanya tidak berhasil. Saya terasa segan dan tercabar apabila melihat wanita yang lebih berumur kelihatan lebih cantik daripada saya. Selepas mendapatkan rawatan di New York, kulit muka saya bertambah baik. Suami dan kawan memuji kulit saya licin. Ada juga kawan yang cemburu dengan kulit muka saya sekarang!”

 
  Pakar Kulit:  
 

“Wan Zahifah mempunyai kulit yang sensitif. Dia alah kepada bahan dalam kosmetik. Muka akan menjadi merah dan jerawat akan tumbuh jika terguna bahan yang tidak sesuai. Saya akan melakukan rawatan yang melegakan kesensitifan kulitnya dan menghapuskan jerawat. Selain pembersihan muka, pemicitan jerawat dan mask, urutan juga dilakukan untuk menyingkirkan toksin. Selepas sepuluh sesi rawatan, beliau kini didapati telah 60% pulih dengan kulit yang lebih sihat dan halus. ” 

  Kulit berminyak dan berjerawat  
  Roobee Bte Sulaiman|
Umur 26 | Konsultan
 
 

"Wajah saya lebih halus! "
“Kulit saya berminyak dan penuh dengan jerawat. Saya berjumpa dengan pakar dermatologi dan mengambil antibiotik tetapi masalah itu pulih sementara sahaja. Sebaik sahaja saya berhenti mengikuti rawatan, jerawat yang besar akan tumbuh semula. Pakar kulit saya di New York sangat profesional dan prihatin. Selepas rawatan, kulit saya lebih halus. Ibu saya pun gembira melihat kulit saya sekarang. Perubahan positif pada kulit saya meningkatkan keyakinan diri saya. ”

 
  Pakar Kulit:  
 

“Tindak balas perubahan keseimbangan hormon semasa fasa pertumbuhan akan mencetuskan perembesan minyak yang lebih banyak lalu menghasilkan jerawat. Saya menjalankan rawatan yang membasmi masalah kulit muka yang berminyak dan berjerawat. Mukanya akan dibersihkan sepenuhnya. Mask-mask yang digunakan boleh menambahkan lembapan, memberikan kelegaan dan mengurangkan jerawat serta minyak. Selepas Roobee mengikuti lebih kurang sepuluh sesi rawatan, jerawat pada mukanya telah dapat dikawal. ” 









All Copyright © Reserved by
New York Skin Solutions Pte Ltd


Talian Penjagaan Kulit: Singapore (+65)6363 5566 | Malaysia (+6)03- 2166 5566 | Shanghai 021- 6233 5566
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------